11/05/2011

ina si ngek

macam biasa bila saya balik rumah . saya akan berjumpa dengan INA. INA ini adik saya yang paling kecik sekali dan sangat gedik . tapi dia memahami jugak .


yang penting dia ini bunguk yang ada jer .


masa aku balik hari isnin 9 may 2011 , 
dia boleh ajak aku berbual sampai aku mengantuk dengar cerita dia . sebab mengantuk sangat ialah dah lewat malam dia still nak pOT PET pOt PET padahal dia nak sekolah esok nya.


start :


saya baring jer , dia terus baring sebelah . 


ina : hihihihiihihihi...( gigi je nampak tapi comel )
saya : ina sekolah macam mane?
ina : alah , ina biasa jer, kw berhenti kolej ea. nak kerja ea?
saya : tak tahu lagi . tak boleh fikir aa. tak best . 
ina : eh tahu tak , fais kan ada bagi ina buku nota . hihihihi..jap ina pergi ambil aw. 
( dia cakap mesti ada aw dekat belakang . aku pun kadang terikut gak dia ini cakap) .


saya : buku nota ini mana dia dapat ?
ina : dia jawab soalan apa tah , dia cakap dia jawab soalan uh cikgu bagi , lepas uh dia bagi ina.
saya : boleh tengok apa dalam buku uh .
ina : (dia senyum mengigi ) 


dalam buku nota uh ada macam diary . kalau bace memang tergelak lah !! 
first page nota uh , dia pergi lukis -lukis gambar cartoon dalam manga komik uh . 
aku jumpa ini .


" hari ini , ina yang masak . ina masak ikan masak air . ina kopek bawang merah ,bawang putih , dengan kopek ikan bilis . dan ina juga masukkan garam dengan aji no moto ke dalam masakan . sebenar nya ina yang nak masak , tapi mak yang lebih . mak yang masak . ina cakap ina nak masak tapi mak cakap ina tak sampai . akhir nya ikan masak air yang ina masak pun siap . " 


"12 july is my birthday !! "


saya pandang dia , dia buat dang jerr, buat muka tak tahu jer . 
akhir nya saya gelak ,dia senyum jer sambil angkat kening . nampak tak ? dia ini ngek !


cerita ke 2


ina : tahu tak kan , duit ina semalam hilang aw. ( dia buat muka macam hilang duit uh )
saya : eh ! akak pun sama lah semalam jugak ! 


( aku tak sempat pun nak cerita duit aku hilang dekat mana. dia dah potong dah dulu dah . masa uh , adik aku perempuan FIDAH tengah tidur dekat katil sebelah . )


ina : nampak nya kita dah tahu dah siapa yang ambil duit kita . 
( mata dia melirik ke arah dia adik aku FIDAH yang tengah tidur?) 


apakah ??!!


masalah nya duit saya hilang dekat wayang square one batu pahat . masa uh saya belum jejak lagi kaki ke rumah saya . saya debik perut dia ! 
dia gelak -gelak jer.


mengong giler!!


macam -macam cerita lah dia cerita .memang ngantuk tapi tertahan sebab nak dengar cerita dia .


ina : ina kan ada VOTE IQA MENTOR. kaw kenal tak siapa iqa ?


saya : kan akan cakap rumah sewa akan ada tv tapi tak dapat nak tengok .


ina : aah lah ! ina lupa ! hehehe. ( ketawa menganjing )
ina vote dia , ina vote dia sebab ina suka dia  ! ina suka suara dia !


saya : haha ! nak tipu orang lagi apa?
ina : oh , cakap ina tipu eah !!! jap ea.
( dia keluar dari bilik )


dia masuk bilik.


dia bawak hp mak aku .


ada  2 message ucapan terima kasih mengundi dari pihak tv3 .


saya : merepek ekk kaw , tak ada kerja apa! kan mahal vote uh . 


ina : mana ada. biar lah , lagi pun mak yang kasik ina undi . eh , nanti kan kaw bukak lah laman web mentor ea?


saya : kaw niyh kan , buat lawak je tahu tak . line lembap lah .


ina : nanti boleh tengok iqa.


cakap sambil senyum gembira. dengan membuat pelbagai expresi muka . 


sambung lagi .


esok nya hari selasa uh , dia ada persembahan BONEKA TANGAN . dia cakap dia jadi MAK.
nasib baik dialog nya pendek jer, ina tak suka lah panjang-panjang . ina tak suka berlakon ini .cikgu suruh ina masuk . malas lah nak pergi sekolah esok boleh tak ?


saya teringat saya pun jadi mak dekat rumah sewa . nak cerita tapi malas lah , biar lah dia niyh bercerita .


saya betul -betul tak tahan nak tidur dengar dia membebel sana-sini . mata berat jer. tapi saya gagah kan jer dengar sampai dia cakap dia nak tidur .


last story yang saya ingat dia cerita .


"ina ada masuk spelling aw, lepas uh dalam pusingan last sekali ina terkeluar , sedih . ina dapat no 4..
ina pergi duduk belakang , tengok budak yang dapat spelling uh , ina buat muka sedih . biar cikgu perasan yang ina sedih . kalau ina tahu , ina pilih nombor 8!!! kenapa lah ina pilih 18 !!! "


saya : "kenapa dengan 8 dengan 18 ?"


ina : ina cabut dapat satu no 8 dengan no 18 .kena pilih 1 nombor jer. ina pergi pilih nombor 18 pulak !


saya : ina ini memang lambat lah , dah orang lain dapat . lain kali kalau ada nombor 8 pilih je lah eah nombor 8 .


ina : kenapa ?


saya : akak suka nombor 8 . ada luck kot .


ina : ina suka nombor 2 dengan 4.


saya : (tiada respon )


ina : hah ! nak tidur lah . esok sekolah .


saya : tidur ngek . dah malam dah niyh .


tutup lampu .


saya tak ley dengar cerita sambil baring , memang terbuai lah . 

No comments:

Post a Comment