ingin di maklum kan , partner aku uh seorang yang memang skema ! tak sabar nak ajak si biri -biri datang tengok partner aku ini !
cara cakap dia memang terbaik dari ladang andalusia !
aku tahu lah, dan aku akui aku pun ada merungut pasal kerja aku sekarang ini .
tapi kan sekarang ini shift aku dah start so ,
aku rasa happy lah !
hari ini aku penat sangat lah .
* sebenar nyer tak lah berapa sangat penat .
aku cume gantung baju jer itupun ain dah tolong aku dah ! punya lah baik si ain ini tolong aku .
sebab kat muka ini memang terserlah lah .
kalau aku tak suka buat sesuatu kerja uh memang nampak lah kat muka .
kalau dia nampak aku macam tak happy jer . atau masam muka lah .
dia mesti tolong aku .
baik kan dia .
:)
aku kadang serba salah jugak dengan dia . tapi aku buat happy berkerja dengan dengan bos dia uh merangkap bos aku sekarang ini .
kira pagi tadi aku aku tak berpeluh !
sebab aku masuk tengahari hari ini !
sila lah jeles wahai partner aku , si pening ! hahaha :D
nama partner aku ini aku gelar kan dia si pening .
hari ini 8 JUNE 2011 termeterai nama uh melekat dengan dia .
biar ! biar ! dia memang pening nak mati lah !
aku tak tahu ape keheh atau ape jenis ini manusia partner aku ini .
aku bukan nak cakap aku ini paling good ke apa an . cume dia terlampau pening .
aku dengan bos boleh lah baik . aku pun respect dia bos aku . time dia buat lawak .
memang boleh masuk lah ! senang cerite lah .
aku kan hipokrit sikit . so pandai lah aku berlakun sikit -sikit uh nak ambil hati bos .
kite kan kerje . ada bos .
macam biasa lah .
employee maa~
tengahari tadi aku datang awal sikit , kira cepat 10 minit lah !
first aku datang tengahari uh ! memang gembira lah !
best !
tak pernah rasa datang kerja waktu selepas makan tengahari . hehe ^^
sampai tempat kerja aku terus cari bos aku !
"maggie ! "
sambil senyum aw !
sekali dia panggil aku . aku terkejut jugak . ape kes ekk? aku salah masuk ker?
ke pukul 11 pagi ?
aku pergi dekat dia . dia ajak aku bergosip !
GOSIP DOL !
pulak cik tupai tak suka lah bergosip ini .
hak , hak , hak .
" hey ! u tahu tak itu budak baru uh manyak kayu ohh~ "
" kenapa "
* tunjuk kan rasa aku boleh di ajak bergosip . hahak3!!
" u tahu tak , semalam semua tak balanced aw. lepas uh kan dia banyak susah lah nak cakap dengan dia ! aiyoo~ saya dah cakap dah dengan suami saya . tapi suami saya cakap biar je dia dulu "
"kenapa tak balanced pulak maggie ?"
* mata mesti bersinar -sinar .
" i tanya u aa , baju yang warna merah uh kite buat offer kan . 1 pasang RM 10 kan . kalau u nak jual dengan orang , u jual berape?"
"rm 10 lah kan offer "
untuk info korang , bos aku ada buat offer , kira kasik turun price aa. sehelai baju uh rm 12.90 . tapi offer jadi RM10 .
" u tahu tak ! ada sorang customer uh , beli 2 pasang baju uh semalam . tahu ark dia jual berapa .
1 pasang dia jual rm10.
1 pasang lagi dia jual rm12.
tapi sekejap aa.
u bayang kan lah .
semalam aa , dia tulis dekat record
1 pasang rm 10 .
1 pasang rm 12.90
tapi dia punch tak cashier machine uh .
1 pasang rm 10 .
1 pasang rm12.
bile saya tanya dia . dia cakap dia pun pening !
dia cakap dia tengok harga dekat baju uh rm 12.90 .
kalau 12 .90 .
kenap tulis dekat record rm12 sahaja ?
dia asyik cakap tak tahu ajer.
bila saya tanya kenapa 1 helai lagi u bagi harga rm10 , dia cakap baju uh dekat dengan tanda harga . so rm 10 .
satu lagi baju RM12 uh , sebab dia pening .
i buat ulang -ulang check sampai 3 kali aw. u tengok lah . bawah ini semua tulisan dia .
u punya tulisan dekat atas sebab u masuk kerje pagi semalam ."
sambil itu bos aku keluar kan record yang dia tulis tunjuk dekat aku .
?????
tak tahu lah kenapa . tibe -tibe aku tergelak pulak !
dan tak semena -mena bos aku pun gelak jugak .
"budak baru kot , saya pun dulu macam uh jugak dulu lah maggie "
" tidak ! tidak ! dia uh adalah perkerja saya yang paling kayu pernah saya jumpe,
u tahu tak ?
kan semalam saya buzy sikit , nak keluar kan stok semua kan .
ain cuti , u pulak balik awal kan . so i dengan dia kan ,
i suruh dia tengok kan kedai jam . customer tanya berapa harga jam loceng uh . tapi dia pergi sekali duduk sederet dengan pakcik uh . tengok sekali uh jam loceng .
lepas uh dia panggil i
~maggie ~ maggie , orang ini nak jam loceng ~
aku dah tepuk kepala dah ! adui! start aa aku nak gosip gak ini !
" kan boleh masuk tengok je lah at jam loceng uh berapa harga dia "
"uh lah , i dah cakap dah . masuk je lah kan . ini kedai 2 2 pun i punya . masuk je lah .
bukan ada apa -apa pun . orang nak beli jam bagi lah .
lepas uh .
ada lagi satu customer !
nak beli jam 19.90
harga besar i tampal dekat luar uh .
tapi dia panggil i
~maggie , orang ini mahu jam ini ~
i sabar aje . aiyoo! ambil je lah bagi itu orang . ambil duit sudah !
i pergi serve itu orang .
ape bende lah !
customer dekat sebelah kiri . dia pergi berdiri sebelah kanan .
i tengok dia pun . i pun suruh dia pergi jaga itu kedai baby aa senang .
lepas uh barang last dia jual ! dia tak ingat !!!
ape bende lah !
aiyoo!
ain datang menyelit .
" hah ! macam uh ke? "
aku macam pelik . sebab aku tengok budak uh macam ok jer. tak sangka pulak macam ini .
ain pun menambah jugak .
" pagi tadi ,lagi lah . aku dekat sebelah tolong maggie sangkut barang , aku suruh dia jaga sekejap kedai jam aku ini .
dia dah bagi dah abang uh jam , abang uh dah try -try dah jam uh. memang nak beli .
aku datang jer.
dia cakap
~ abang nak beli jam ea~
dalam hati aku cakap mampus budak ini ~
aku angkat kening jer . sebab aku pun belum lagi nampak kebodohan dan kepeningan dia lagi .
aku baru nak beredar je .
ada lagi 1 .
u tahu tak . semalam aa , ada customer minta kurang aa. i cakap dengan dia . u tak payah lah bagi kurang , kalau ada syira dengan ain , baru boleh u bagi . ini sekarang . u bagi harga fixed jer. geram lah i .
lepas uh dah lah suruh i hari ambil dia dekat rumah . dia buat i macam drebar dia tahu .
i tahu lah bapak dia , kawan dengan suami i .
tapi jangan fikir i ini nak takut sama itu bapak dia aa.
i sudah cakap dengan dia ,
u nanti tunggu dekat rumah u pukul 9.45 pagi ataupun 9.50 pagi lah .
u tahu tak .. dia call i , dia cakap dia dah tunggu dah dekat rumah dia . i tengok jam .
pukul 9.15 pagi .
i pun belum siap lagi .tengah buat sarapan i . i buat tak tahu jer dengan dia . sebab i dah cakap dah dengan dia . i datang rumah dia pukul 9.50 pagi .
i tunggu dia tahu . lepas uh i call dia . dia pun keluar .
dia masuk kereta .
dia cakap ini macam dengan saya
~ maggie , saya lama tunggu u tadi . uh saya masuk jer dalam rumah ~
i malas lah nak cakap dengan dia . i cakap nak cakap dengan dia ape lah , sori ker .
i bos dia maa~
i banyak pening dengan dia .
" ya! itu memang giler pening ! "
* aku sokong !
memang pening lah ! 9.15 pagi pergi tunggu . padahal orang dah cakap dah dengan dia pukul 9.45 pagi atau 9.45 pagi .
aku pandang ain . ain pun gelak . aku nak gelak jugak lah .
gosip bersama bos aku pun tamat lah . aku kan kerje . kena balik kat kedai aku kerje uh .
dia ada.
muka seposen jer. macam nak minta aku kasihan dengan dia .
dia yang start tegur aku .
" awak tahu tak , semalam maggie marah saya tahu . "
dia buat muke sedih . padahal aku dah tahu dah . aku pun apa lagi . berlakun lah .
" eh ?! kenapa dia nak marah awak pulak ?"
"semalam saya ada silap sikit. awak pun ada silap jugak .awak punya dekat bahagian atas kan . sebab awak semalam kan masuk pagi kan .
saya cakap dengan maggie uh awak punya sale . "
* masa ini aku dah terfikir dah , dia ini memang betul bunguk giler !
" ohh , saya memang selalu salah . macam -macam saya silap . saya ini lagi careless aw. macam -macam saya buat. tapi saya tak kisah pun kalau saya ada salah . saya mengaku jer. lantak lah maggie nak marah ker apa ker an . dah silap nak buat macam mana kan .
eh , awak salah ape pulak ? "
* buat -buat tanya . nak tengok dia ini betul ke tak .
" saya silap baju warna merah uh . saya tak faham lah . semalam customer ramai . saya pun bukan tahu sangat nak harga dekat dalam kedai ini .
saya tengok harga dekat baju uh tulis rm 12.90 .
kenapa jual rm 10 ?"
bapak aa . bodoh ke apa ?!!!!!!!!!!!!!!!
OFFER BODOH !
" awak , harga sebenar baju uh memang rm 12.90 . tapi kan OFFER . offer uh kasik turun aa harga baju uh . bila harga offer jadi lah dia rm 10 . supaya ramai orang beli ."
" kenapa tak cabut je semua tanda harga dekat baju uh ?"
" nanti kalau ada customer minta kurang , awak boleh cakap yang baju uh tak ley kurang lagi . sebab harga sebenar pun dah rm 12.90 . kalau customer tahu . dia pun segan nak minta kurang kan . awak tak faham , tanya saya ea, nak lagi faham , awak tanya lah dekat ain eah, saya pun baru jugak . saya pun still tanya ain lagi . aw?"
" awak tahu tak , saya tkut maggie marah saya , semalam dia cakap , kalau saya tak berhati -hati , dia nak cari orang lain . saya betul -betul terkejut "
aku ubah topik . sebab kami ada kerja . baju baby banyak giler baru sampai ! kena gantung !
bersambung di si pening part 2