11/06/2011

si pening part 2

masa tengah susun -susun , gantung baju uh .
aku dengan ain memikir macam mana nak letak semua baju yang baru sampai dalam kedai bos aku kecik macam sekangkang kera ini .
manakala si pening uh duduk macam datin . 
tahu lah hari ini dia pakai macam datin .
opss! bukan datin ! macam mak orang !

baju budak kecik berlonggok dalam kedai .dan aku mula lah rimas ! 
rimas dan rimas !
aku tak nak buat kerje uh . aku pergi tolong maggie lipat baju . hahak3!!
tolong hantar baju . 
lepas uh !
dah tak ada baju nak lipat lagi . sedih dan sedih lah aku .
aku tak gantung baju sebenar yer , hahak3!!!
pening -pening . 

aku pun serba salah tengok ain . yelah padahal ain kerje sebelah tapi dia buat kerja aku . aku pun tolong lah . lagi pun rimas dol kalau biar lama - lama baju berlambak ini .

dah tibe time rehat ain . aku suruh ain rehat . ain pergi lah rehat . 

sekali dia ajak aku berbual pulak .
memang aku nak berbual dengan dia . 
huh!

tibe-tibe .

"awak tahu tak semalam awak balik ramai customer datang aw. sale semalam sampai rm 200 lebih aw. "

" ohh eah, good -good."

aku cerite kat ain .

ain nak senyum kambing jer .
ain lagi lah pernah dapat sampai  1 ribu .
nampak sangat dia ini berlagak aw. 

aku masa aku kerje uh . aku tak pandai lah sey nak kire sale ini . sebab mesin cashier uh dah tolong kira kan . tapi bende yang orang tak suruh buat , dia buat . 

nampak tak ? bodoh kan ?

lepas uh dia nak cerite yang pagi tadi pakwe dia yang kejut dia bangun tido.
suruh semayang subuh .

aku ter EAH EAH EAH jer lah . kepala otak dia . aku ini lagi kusut sey . nak fikir macam mana nak susun semua baju yang bertimbun ini . dia lagi nak cerita pakwe dia yang dekat kelantan uh . memang terbaik lah dol !
aku sepak kang!

lepas uh aku buat je lah kerja aku . aku malas nak suruh dia . tapi ain selamba badak jer suruh dia buat macam -macam .

tibe -tibe dekat kote hujan lebat aw. langit gelap aw. 
hujan lebat sangat lah .

" eh awak! jam dah pukul berape ekk? kejap lagi pukul 7 kan ? "

hah?! pukul 7? padahal aku baru balik dari tempat ain . aku tengok jam baru pukul 2 .15 petang. 

sah lah ! 
aku rasa an , dia penat aw. aku pun penat gak dulu . sama macam dia . tapi agak dol !
baru pukul 2.15 petang . bukan pukul 7.

" awak pergi lah tengok dekat tempat ain "

" alah, handphone awak mane? "

" handphone saya dalam beg . malas saya nak keluar kan , awak pergi lah tempat ain uh  , kedai dia banyak jam . "

bunguk lah !! malas aku nak cakap dengan dia pukul berapa . 

lepas uh entah macam mana tah , dia diam jer. 

hahahak3!! 

malu lah uh ~

aku nak suruh jugak . tapi tak nak lah . aku buat kerje aku sorang -sorang sampai lah siap !

^^

bila dah siap semua baju di susun . kami pun duduk lah dengan bahagia nyer.

"ain , penat ngekk susun baju ."

"ilex lah  , time barang sampai je kaw penat . nanti lepas ini kau ilex jer ."

hehe. gedik an aku . aku haus sey ~

kembali semua ke tempat kerja ,masing -masing .

ada kawan bos aku nak beli barang kan . bos aku lah yang handle aw. dia suruh aku punch harga dekat mesin cashier uh .

bos aku kasik memang discount gila babeng lah !
then that .
maggie suruh aku punch rm 25 .
aku punch je lah dekat mesin cashier uh .
tibe -tibe kawan bos aku uh tak nak baju uh .
bos aku cakap punch rm 27 lah . 
aku cakap lah tadi aku dah punch rm 25 .
bos aku cakap , tak pe lah . 
biar dia lah yang handle je lah . 

aku pun keluar kedai terus pergi dekat ain . tak ada kerja nak campur bos aku dengan kawan dia .

tibe -tibe ,

"awak salah punch ea "

aku diam jer. 
dia tak tahu hujung pangkal tibe -tibe sibuk .

kang aku punch jugak muka kau !

ain tanya aku asal . aku cakap aa . budak uh memang bungek seyy !

bunguk dol dia uh ! aku nak debik je dia uh ! dodol betul lah ! 

nampak tak ? macam mana lah aku tak rimas dengan dia ini .

aku tengah duduk memang tak nak cakap apa -apa lah .
tibe -tibe .

" awak , saya nak tengok lipstick awak boleh ?"

" eik ? asal ?"

" awak pakai lipstick ape?"

" lip ice lah "

" tengok lah "

geram aku . aku bagi dia tengok . 

"berapa ini ekk awak ?"

" 14.90 "

berapa ?

" 14.90 jer "

"mahal lah "

" tak lah , uh kire oke la . lipstick orang lain pakai uh lagi mahal lah . ini lipice jer . bukan ada apa -apa pun . "

memang bosan lah dengan dia ini  !

" tapi macam bagus lah . "

" bagus beli lah , bak sini saya nak simpan balik "

* aku tak nak dengar dia cakap dia nak cube ! hahaha . jahat tak ?
dia uh macam pening jer. 
tengok orang lah . aku nak bagi try .. 

ish !

lepas uh , aku cakap lah esok aku cuti . 
dia cakap 

" jadi nyer saya full lah eah ?"

"aahh " 

dalam hati , padan muka kau !

" dari 10 pagi sampai 10 malam "

" suruh lah maggie tambah pekerja lagi . 3 orang . gaji rm 400 , kite ley tukar -tukar shift . "

selama aku kerje tak pernah pulak aku terfikir idea sebernas macam albert eistein si pening ini .

" boleh ker macam uh ?"

" ish , awak tahu tak saya ini tak boleh diri lama -lama aw. tisu dekat tapak kaki saya dah koyak aw. tapi saya terpaksa jugak diri buat kerja "

yeah ! ini point !

"jap eah awak "

aku mengambil kesempatan . hehe .

aku rakam dia cakap . 

"apa awak ?"
* pura -pura 

" ini haa., kaki saya ini tisu dah koyak aw. "

"kenapa koyak ?"

"saya pernah accident "

" oohh eah..lagi ?"

" hari ini sale dah dekat 2oo kan ."

"entah , tak check pun . saya tak pernah check pun ,selalu maggie yang buat . saya tak nak buat pun . yang saya tahu tutup kedai jer."

buat apa nak check ek ? mesin cashier dah siap kire kan . tinggal ambil resit jer doe !
lagi pun dari aku kire 1 1 macam uh , buat pening kepala aku ! 
aku dah lah bukan pandai sangat maths!


dah habis dia cakap . aku terus matikan perakam dalam handphone aku .
hehe!
aku rakam pun sebab saje -saje tak ada kerja .


tibe -tibe , aku nampak sorang pakcik tua berdiri dekat kedai baby uh.
dia cakap uh bapak dia .


aku pandang bapak dia ,
aku baru nak senyum dengan bapak dia , nak beri salam .


tibe -tibe bapak dia bersuara dengan nada yang amat berlagak .


" laptop kau mane?"


mata bapak dia langsung tak pandang aku . nampak sangat sombong lah .


cara bapak dia cakap ,buat aku kecik hati . dah lah cakap dengan nada yang sombong + berlagak .


macam aku memang pinjam lah lappy anak dia uh .


ahh pening !


dia baik , tapi pening sikit lah .


baby shampoo dengan bubble bath baby  ada lah 2 bende yang berbeza. 
baby shampoo botol dia warna pink . 
bubble bath baby warna biru .
botol memang same .


dia pergi susun baby shampoo dengan bubble bath baby campur .
dia cakap . 
kan customer boleh pilih warna pink ker or biru ?


aku pening lagi .


umur sebaya dengan aku .
dia extend kolej sebab masalah kesihatan .
aku tak beritahu pun pasal aku .
sebab aku siapa sey nak cerita pasal diri aku .
bukan superstar dol !


ambil diploma pentadbiran dan pengurusan islam .


korang rasa macam ape ekk . bila orang sebaya dengan korang . duduk dekat -dekat dengan korang sebab nak tengok sekali korang online ape ?
tak kenal uh .
aku nak bukak website kerja kosong pun naik segan sey .
last -last aku tutup . campak tepi lappy aku .


ain , cakap kat dia tentang harga baju -baju dengan seluar semua .
lepas uh .
semua dia cakap 


" shyira tak beritahu pun "


badigol betul ! aku dah cakap dengan dia terang -terang . kalau tak faham tanya aa! memang dodol betul lah .


sampai ain menyirap jer dengan dia . sebab dia asyik nak cakap aku tak beritahu dia .
ada mulut tanya lah dekat aku .


last -last ain cakap .


" ahh , shyira pun tak tahu . dia pun tanya saya, ini saya nak beritahu awak ! "


yeah ! sayang aahh at ain . hahak3!!


sepanjang aku kerja . ini lah pertama kali aku dapat partner yang "best " lah .


dah lah tamat kisah si pening ini . sebab kite pun bosan sey cakap pasal dia . \


hari khamis aku cuti .


hoyeah !!!!!!!!!!!!!











No comments:

Post a Comment